mari kita tunaikan solat......

Sunday, December 26, 2010

Zina Takpa, Jangan Sampai Lahir Bayi


 baca dengan teliti dan hayati....renung2kn...selamat beramal...

"Zina Takpa, Jangan Sampai Lahir Bayi", mungkin agak panas telinga yang mendengar, namun pada pandangan penulis itulah KESIMPULAN yang akan dipegang oleh anak-anak malaysia setelah mereka mengikuti kelas pendidikan seks pada masa akan datang.1 januari 2011 Malaysia akan mula memperaksikan kehebatan tenaga batinnya dengan menghidangkan pendidikan seks kepada anak-anak kecil yang belum mengerti apakah maknanya."Mungkin" disebabkan setiap pasangan berkahwin telah melahirkan anak-anak yang cukup ramai sehingga malaysia tidak sudah cukup ruang untuk didiami penduduknya, dan tempias daripadanya menyebabkan pasangan yang belum berkahwin juga melahirkan anak, akhirnya pendidikan seks diutarakan bagi menyekat kemaraan jaguh-jaguh ibu dan bapa melahirkan anak-anak yang ramai.Namun kita saksikan, apakah idea ini satu tindakan bijak atau menyimbah minyak pada api yang menyala.
 
Bukanlah semua negara dunia yang menjamu pendidikan seks kepada rakyatnya, dan ada sebahagian negara barat memberikan kuasa kepada ibubapa samaada untuk mengizinkan atau melarang anaknya daripada mengikuti kelas pendidikan seks.Bahkan terdapat negara yang begitu tegar menentangnya seperti India yang menentang pendidikan seks kerana bercanggah dengan adat dan budaya mereka.
 
Antara negara yang popular yang mempunyai kurikulum pendidikan seks disekolah adalah :
 
Amerika Syarikat ; Kanak-kanak berusia atara 7-12 tahun diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Seks, namun kebanyakan sekolah mewajibkan kelas pendidikan seks bermula pada umur 5-6 tahun.Terdapat dua bentuk utama pendidikan seks diajar di AS, samaada komprehensif  atau yang dilarang sahaja.Pendidikan seks secara komprehensif merangkumi segala-galanya tentang kontrasepsi(kaedah mencegah kehamilan) dengan teknik persetubuhan atau menggunakan alat pencegahan tertentu termasuk bahaya seks tanpa kondom.Mungkin anak-anak malaysia juga akan diajar sebegitu. Sementara pendidikan yang berbentuk larangan pula akan mendedahkan bahawa remaja harus tetap suci sehingga berkahwin dan menjauhi kontrasepsi.
 
Australia   : Australia tidak mempunyai kurikulum pendidikan seks yang menyeluruh kerana pihak sekolah diberi kebebasan penuh untuk mengajarkan apa yang mereka inginkan dan pada tahap apakan sesuatu matapelajaran akan diterapkan.Perpecahan dikalangan guru sering terjadi disebabkan bentuk pendidikan yang diberikan adalah berbeza-beza.
 
Eropah ;  Masyarakat eropah berfikiran terbuka dalam pendidikan seks, bahkan kurikulum itu juga disokong oleh kerajaan. Di Perancis, pendidikan seks telah menjadi sebahagian kurikulum sekolah  dan mereka memperuntukkan antara 30-40 jam waktu kuliah atau aktiviti bagi mata pelajaran pendidikan seks. Mereka juga mengagihkan kondom untuk kelas lapan dan kelas sembilan(peringakat persekolahan). Di Sweden, pendidikan seks juga menjadi sebahagian pendidikan wajib dari sekolah mereka, ianya diselitkan ke dalam mata pelajaran seperti biologi dan sejarah. Hal yang sama berlaku di Finland di mana pendidikan seksual ini biasanya dimasukkan ke dalam pelajaran biologi tetapi kemudian digabungkan dengan masalah kesihatan awam. Sementara di Inggeris, pendidikan seks tidak wajib di sekolah kerana sebahagian ibubapa menolak matapelajaran ini disebabkan pengaruh negatif yang hinggap pada anak-anak mereka.
 
Di Jerman, pendidikan seks adalah di bawah perintah kerajaan.Kajian menunjukkan bahawa di antara bangsa-bangsa Eropah, remaja Jerman paling mengetahui tentang kontrasepsi. Di Belanda, kerajaannya memberikan subsidi pendidikan seks bagi kaum muda dan memberi mereka kemahiran untuk membuat keputusan sendiri berhubung dengan seksualiti dan kesihatan.
 
Cukuplah sekadar sekilas pandang untuk diketahui,namun renungi..
Malaysia pernah bercadang untuk memberi kondom secara percuma kepada penagih dadah agar jenayah dadah dan kes buang bayi dapat dicegah.Disebabkan masih ada suara-suara yang bangkit menolaknya, maka cadangan itu ditangguhkan.Kalian perlu sedar, melalui pendidikan seks ini anak-anak kecil akan kenal apa itu kondom, dan pastinya mereka tercari-cari dan cuba untuk memakainya.Mungkin suatu hari nanti sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan kondom untuk dijadikan bahan eksperimen pada para pelajar, pada masa itu limpahan kondom akan berubah seperti belon bagi anak-anak kecil yang masih mentah soal dosa dan pahala.
 
Ilmu tanpa amal tidak sah, teori tanpa praktikal juga tidak sah,tentu sekali pendidikan seks akan berubah menjadi gelombang zina yang cukup dahsyat, namun tika itu kita takkan sedari, kerana anak-anak zina takkan lahir lagi.Kita perlu sedari, bahawa pendidikan seks bukanlah motifnya untuk mengelakkan zina atau bercouple, tapi hasrat kerajaan adalah membersihkan nama malaysia daripada kes buang bayi.Setelah anak-anak kecil ini mahir bagaimana mengelakkan kehamilan, saya yakin tika itu perzinaan bagaikan cendawan selepas hujan, tapi tersorok di balik papan.Tiada manusia yang sedar, bilamana remaja wanita sudah 'stand by' dengan kondom didalam poketnya apabila keluar dengan pasangan, remaja lelaki pula sudah mahir bagaimana "teknik semulajadi" agar kandungan tidak terhasil setelah persetubuhan, maka gembiralah yahudi kerana fikiran umat islam telah diperdayakan.
Apakah kalian tidak memikirkan?
 
Lihatlah negara-negara barat yang saya nyatakan diatas, ianya adalah fakta, sekolah-sekolah mengagihkan kondom kepada pelajar agar mereka tahu menggunakkannya,apakah kita mahu generasi kita juga sebegitu?pulang ke rumah bukan lagi membawa buku, tapi seplastik kondom untuk ditunjukkan pada ayah dan ibu.
 
Kesan baik memanglah ada, tapi buruknya seribu kali ganda.Tidak ada negara Islam yang mewujudkan pendidikan seks di negaranya, melainkan negara barat yang bukanlah islam menjadi agamanya.Namun kini Malaysia akan mengikuti jejak langkah mereka, Apco kan guru malaysia, tak boleh lawan cakap guru, nanti kene marah.
 
Apa yang saya katakan mungkin tidak terjadi sebulan akan datang, tapi lihatlan 10 tahun akan datang, masa itu semuanya sudah suram.Bila ditanya pada remaja bilakah kali pertama kamu melakukan hubugan seks, tentu mereka akan menjawab segalanya bermula di sekolah rendah.Masa tu semuanya menerima padah.Kalian mungkin tidak pernah lihat bagaimana buku pendidikan seks, nantikan pada artikel akan datang saya akan paparkan pada kalian, InsyaAllah jika umur masih panjang.Seandainya kalian fikirkan isu ini sudah lapuk, ingatlah, bila keburukan mula dilakukan maka penentangannya takkan berakhir sehingga ianya berjaya dihapuskan.

untuk ingatan....: pergh...takut gak bace article ni...ni saya amek dr link fb kwn saya.....
ya Allah mntak d jauhkn perkara2 yg tak baik ni berlaku pada diriku, keluargaku dan keturunanku serta sahabat2ku...selamatkan kami ya Allah...amin....

0 comments:

Post a Comment

 

kEc!ltAp!moLeK Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template