mari kita tunaikan solat......

Tuesday, April 19, 2011

study week dan exam....

0 comments
salam sayang dan salam rindu...mungkin aktiviti berblog terpakse d hentikan buat seketika... memandangkan musim minggu belajar dan seterusnya peperiksaan bakal menjelang... 








musim stdy week mcm ni la..



masih berfikir dgn tenang..


suasana dlm dewa peperiksaan..


tlg!!! jgn tdo tym exam...



mohon ampun dan maaf buat semua teman2 yg mengenali diri ini... maaf kalau ade terkasr bahasa tersilap kata terguriskan hati..tercelupar... saya hanya insan biasa... 


doakan saya... dan All de best buat semua yg exam jugak.. smg kita sama2 berjaya... insyaAllah.. amin...

Monday, April 18, 2011

Rupa Kiamat (perkongsian ilmu)

0 comments
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Suf

Sunday, April 17, 2011

malang...

0 comments
sadis.... agak malang la hri ni... betapa aku kebuhsanan dok umh ni... arrrgggghhhh... benci tol... tghri rse nak makan...maka aku pun g la dapur masak.... tumbuk kunyit n lada api... n msukkn bhn2 dlm periuk bersama ayam.. setelah d gaul dan bukak api.. hampir 5 minat lamenye... kemas peti ais..ternmpak bawang... baru ak tersedar dari lamunan yg aku xtumbuk bwng skli td.... hahahahaaaa... betapa lah sengalnye masak xletak bawang... doreh2 den tumbuk bawang n masukkn dalam gulai tu..haha...
ok..dah masak makan la sume kan.. n sgt la aku boring bile dorg dh g kelas tarian memasing.. yg len bese la g dating la..ape lg.. ak dok sorg je dlm umh ni.... haish!!! buhsan..boring.. ko phm x??? nk ajak spe g jenjalan pn aku xtw dh.. 
lps maghrib.... aku dh rse lapar.. maka turun lah bawah nk panas kan makanan yg d masak siang td kan... ak bukak je periuk.... tgk 3 ekor lalat berenang dalam gulai ayam aku!!!. hwa...... sadis2... dengan telur lak tu... memang kompem la xleh makan lg kan... xnk aku terciri-biri lg.. sekse weh.. dh dekat nk exam ni... 

mcm ni lah lebih kurang keadaan ayam tu..

ni plk lalat dgn epi berenang dlm mknn ak...

xpe la..redha jelah... nk buang lauk tu.. nk goreng nugget... bukak api... skli gas plk abes... hadoi..... lg 1 hal... di sebabkan xde kete dlm umh ni terpkse lah mntk tlg ngn faizal..nasib die ade kt umh... klu la aku ade kete.. xpyh nk ssh kan org... -luahan seketika-

hmmm...tu je nk story... sori..klu ade spe2 terasa.. esok dinner... ak cm xd mood... final dh dekat.. jgn memain boleh x?? pk sikit mase depan...

last but not least..

ALL DE BEST N GUD LUCK...TOLONG DOAKAN SAYA..SMG SEMUA BERJLN LANCAR... AMINNNN


Saturday, April 16, 2011

boring~~!!

0 comments




budak kecik ni pn tw bosan tau!!

sabtu datang lagi... pagi td dah sattle MUET...alhamdulilah... selesai sudah... hanya mmpu berserah dan bertawakal... harap2 dapat yg terbaik.. wlaupun agak xcukup masa... dan xtw ape yg aku goreng... harap2 ade keajaiban... ok..lupakan tentang Muet...dh buat..xleh nk wtpe lagi...
sabtu...hari di hujung minggu... beselah... hujung minggu adlah kehidupan yg membuhsan kan bagi aku kalau xbalik umh... buhsan...coz dok sini sensorg... hwa!!!!!!!!!!!!!!   arrrggggghhhhhhh...


kesian tol muke die..


nk jerit kuat2 boleh???? buhsan ...siyes...sangat buhsan.... bosan sebab tngal sorg... lepas sorg..sorg kua...jp lg dorg yg len nk g menari plk... tinggl sorg lah jawapnye...adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......mati kutu aku camni... kan bes ade pkwe... hahah..boleh bwk kua g jenjalan..... -hoi!!!!!!!! teruknye kau!!!! aku nk pkwe bwk g jenjalan je....boleh x cmtu??hahahahhaa  


minggu depan hari ahad dh strt final...tp aku ni xtw lah dh ready blom... melangut sane sini... stdy xjgk lg..br bkk bku seminit... muka buku 10 jam;.... mmg hebat aku ni....
tolong....tolong... ana mintak tolong..-versi spe ek??- hehe..smpt g kau buat jht ye!!!... tolong lah stdy.... nak naikkn pointer sme ni.....
ok stop...dh xtw nk wtpe..tdo jelah..hahaha..... :)

Monday, April 11, 2011

kawan

0 comments

seorg yg kita berkenalan..kita panggil ape?? kawan kan?.. kawan.. sahabat.. teman.. semua tu sama kan.. cuba yg membezakan ejaan dan bunyi je... ye, keje xsiap lagi.. tapi.. tiba2 tangan tergedik.. dan hati terdetik nk taip blog.. tak tau kenapa... nak luahkan or expresikan.... rase yg menyelubungi jiwa.. haha... gile lah.... aku... luaran nmpak je mcm ni.. dlaman... mungkin xsemua org tw.. aku suke berkawan... mesti selalu dengar pepatah ni kan... " berkawan biar beribu..bermusuh jgn satu"... btul tu... aku pun..klau xsuka dengan org xla sampai nak anggap org tu musuh aku.... aku kalau boleh nk jadi kwn yg terbaik utk kawan2 aku.. wlaupun ak tw...kite xkan mampu nak puas kan ati semua org... sebaik mungkin aku akan cuba jaga hati n perasaan die... deep in my heart, ak sgt sygkan kwn2 aku... xkisah la kwn tu atas persahabatan yg singkat o dalam tempoh lame.. once kite kawan..bagi aku kite tetap kawan selamanya... dulu, mase sekolah...kwn2 aku selalu anta sms frendship.... yg berkaitan dengan kawan... aku sangat menghargai semua tu..


siyes... aku sgt rindukan kwn2 kt zaman skul.... gelak tawa suka duka... ade ramai kawan... sebab tiap2 tahun bertukar2 dorm.. kls len2.. so..dapatlah kawan bervariasi..
al kisah... xtw nk cakap cmne.. kalau aku silap tolong betulkan.... aku bukan insan sempurna... yg xpernah x melakukan kesalahan dan kesilapan... nape nk terus menghukum???? aku jd rimas.. senyap je macam ni... tp sebenarnya aku dh agak,.. pernah terfikir... yg 1 hari nt akn jd mcm ni jugak... aku xtw mane silap aku... aku rindukan gurau senda gelak tawa kita same2... wani pernah cakap.. "berkawan jgn terlalu rapat" ... salah ke ak appreciate die sbg kwn??? bkn lah terlalu rapat dan akrab... 
kita akan jd mcm ni ke??
tak pe la..bia la...mungkin kau lebih selesa dengan keadaan sekarang... tp, bagi aku... kau tetap kawan wlaupun kita terpisah utara dan selatan... timur dan barat... wlaupun antara benua.... cewah..... poyo...... xpela... aku sentiasa doakan agar kau bahagia dan gembira dengan kehidupan kau disamping insan2 tersayang... semoga kau terus berjaya... aku xkan lupa kan jasa kau pada aku.. hanya Allah yg mampu balas semua tu... mungkin kau dah tak perlukan aku lgi sebagai kawan kau... aku terima... tapi cuma satu aku mintak... kalau aku yg bersalah, tolong bg tw... jgn simpan... aku tau kau xsekejam tu kan... plezz tell me the truth k...

Sunday, April 10, 2011

shengbing ler

0 comments
hallllluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... dh lame nk update sbnrnye..... tp.... keadaan xmengizinkan... nothing to say.. nk cite...sume cite cm dh basi..sbb xsempat nk update ritu.. shengbing??? oo..maksud die sakit... ak xtw ape yg dh aku mkn.. n mknn aku tu dh meracuni perut aku... dr pagi sabtu sampai la ni... sakit wo..... tp alhamdulilah... dh xciribiri dan muntah2 lagi... tp sakit... semoga aku cepat sembuh ye..hihi... :)
ok...esok xd kls..tp nk siapkn prsntation CTU..almaklumlah...group last2.. lemak la...lambat je nak wt.. skrg br terhegeh2...
tp rini nk rehat puas2 dulu..hahah..... berehat jelah keje kau kan....


ps..: perut jgn meragam lgi ye syg..... :)

Friday, April 8, 2011

gempa bumi lagi d jepun...

0 comments
 gempa bumi lagi kt jepun... ya Allah... tanda2 dh semakin bnyk.. semoga kita semua mengambil ikhtibar dari semua ni..... utk keterngn lnjut... klik sini

sabar

2 comments
ya Allah... aku memohon kepadaMu..semoga diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan dan cabaran yg telah Engkau berikan... Ya Allah... berikah peringatan pada hambaMu ini... ya Allah selamatkanlah kami.. ya Allah...tabahkan lah hatiku.... amin....

ps..: istiqfar banyak-banyak setiap kali sebelum tido dan bgn tido tw...

Monday, April 4, 2011

petua mencari jodoh dalam Islam..

2 comments

jeng jeng..terase gatal sangat ke nak kasi petua cari jodoh ni ? haha..tak de la..buat panduan kan ? tak salah pon..ehe..jom jom bace petua cari jodoh cara islam :)
pssttt,pos ni panjang gilos..haha.. harap sudi bace jugak...hihi

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti Dan biasanya ianya Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib berusaha. Doa, usaha yang Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan Menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah Untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua Orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, Bersedekah Dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan anda akan menarik sayang Terhadap anda. Jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda Akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa Dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang Terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan Bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa Bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan Hubungan Mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih Sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang Dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini Secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu Menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan Walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra Danbersemangat menggunakan lidah,Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan Terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuanKepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri Sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan Rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada Bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandaimendampingi orang lain Dan Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang Menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan Benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan Dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan redha dengan setiap pemberian Lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi Perhatian, penghargaan Dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki Janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal Pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuhKemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan Membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan Sifat yang saling mengimbangi Dan melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang Anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan denganberbual Dan bercakap. Lelaki Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai Persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka Kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan ? tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman ? bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanyakenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas Dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci Dan Banyak yang tersirat.
ok...cukup sampai cini..aku terpaksa cut sparuh.. xlarat nk edit..heheh.. thnx tu sumber... ni copy dr blog org len ye..sharing is caring rite.. :)
 

kEc!ltAp!moLeK Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template