mari kita tunaikan solat......

Tuesday, June 28, 2011

alhamdulilah...selesai semuanya...

Assalamualaikum… salam ukhwah.. salam kerinduan.. dh lama menyepi.. x update apa2 kat cini… ape khabar semua… di harap sihat wal’afiat hendaknya.. insyaAllah..
Alhamdulilah, semalam 27 Jun dah pun selamat sampai ke tanah air kembali… syukur padaMU ya Allah.. semoga akan ke sana lagi nanti..insyaAllah.. amin..
Di kesempatan ini…atas permintaan Ecah.. ingin di kongsi sedikit pengalaman sepanjang berada di tanah suci secara ringkas..
Seperti yang di jadualkan, kami bertolak dari KLIA jam 3 petang.. penerbangan ke Jeddah mengambil masa selama 8 jam. Uish… bgn, tdo, bgn, tdo… akhirnya sampai juga dengan selamat..syukur..

-yg atas tu boarding pass n bag. Yg bwh plk tag yg sykt Andalusia bg-

Dari Jeddah, kami terus bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.. perjalanan mengambil masa sekitar 6 ke 7 jam…kami di Madinah selama 3 hari.. pada hari pertama, seusai solat subuh, kami terus menziarahi makam junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w., perkuburan baqi’ dan Raudhah. Keadaan di sini sudah banyak berubah jika di bandingkan dengan 10 taun dulu yakni ketika aku berusia 12 taun.. masa tu pegi dengan ayah sekali. Di Masjid Nabawi, perempuan tidak di benarkan membawa handphone masuk dalam masjid. Sebelum masuk, ade gurad(mak arab la) yg akan wt sport cek dulu. Cek beg,cek badan n kalau xd pape yg mencurigakan boleh la masuk. Kalau bawak hp masuk, nt die kata die nak simpankan..bile dh kua, insyaAllah..kompem dh xd da hp 2..so, adelah baik xpyh bawa. Oh ya, hampir terlupa. Kami di Madinah menginap di hotel Feyyroz(mcm ni la kot eja die). Dekat dgn masjid. Senang nk pegi. Sekarang adalah musim panas di sana. Suhu kadangkala boleh mencecah sekitar 50 darjah celcius. Sama jugak dengan Mekah. Tp kat sana kita xrase perit mcm kt Mlesia ni. Mungkin sebab semua org kat sana sentiasa berzikir dan beribadah. Dan semua mempunyai tujuan dan matlamat yg sama iaitu mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.
-tengok ni… pak guard pn pegang tasbih…-

Hari ke 2, kami di bawa menziarahi Jabal uhud (tempat berlakunya perang uhud), masjid Quba’, kebun kurma, Masjid Qiblatain dan macam2 lagi..


=suasana sekitar kebun kurma=
Seterusnya hari ke 3 selepas solat jumaat kami terus bergerak menuju ke Kota Mekkah. Alhamdulilah, pertama kali dapat menunaikan solat jumaat..Perjalanan juga mengambil masa kurang lebih sekitar 6 ke 7 jam.


-selesai solat subuh hari terakhir di hadapan Masjid Nabawi-



-depan Masjidil Haram-

Sampai kat Mekkah dalam pukul 11mlm lebih kurang cmtu la.. selepas selesai tawaf dan saie kami pulang ke bilik masing2 beristirehat… esoknya kami di bawa untuk meziarahi sekitar kota Mekkah pula di samping bwt umrah ke 2. Dan begitulah hari seterusnya untuk umrah yang ke 3. Miqat kami di ja’ranah dan tan’im. Antara tempat – tempat yang kami lawati seperti tempat ternak unta, muzium Mekkah, masjid Hudaibiyah, Mina, Mudzalifah, Arafah dan macam2 lagi.. hampir 2 minggu di sana.. rasa sungguh syahdu.. jemaah semakin hari semakin bertambah. Itu mungkin sebahagian dr umat Islam seluruh dunia. Kalau dikumpulkan semuanya. masyaAllah, tentu sangat ramai…ya Allah terasa diri ini betul2 kerdil… alhamdulilah,sepanjang berada disana tiada serangan dr Persatuan Bulan Sabit Merah..jadi boleh la buat semua ibadah…xda yg tertinggal..syukur..seterusnya, 26 haribulan adalah hari terakhir kami di sana. Selesai tawaf wida’, kita xboleh tunggu lama2.. kene cepat2 klua dr Mekkah. Ps2 trus ke airport Jeddah. Lame gk la tunggu.. kul 12.05 mlm br la kapal terbang kami bergerak membawa kami pulang ke tanah air.. dan alhamdulilah, jam 1.30 tgh sampai KLIA.. di doakan semoga kita semua dapat ke sana lagi nanti..insyaAllah..amin….

rindu nk dtg lg....
ok tu je serba ringkas...cukup sampai disini dulu... maaf, gamba xcantik..saya x pro...hehe.... terima kasih kerana membaca.. :)


2 comments:

  1. alhamdulillah selamat jugak ko pegi dgn balik kat mekah kan. aku tak tau bila nak sampai sana. harap2 ada la rezeki sampai sana tu. :)

    ReplyDelete
  2. wah..cepatnya bls...
    alhamdulilah...
    insyaAllah pian...ad rezeki nt..dh sampai seru... dpt lg pg...ak ttp doa utk ak n sume kwn2 ak spy dpt pg sne lg... sampai masa nt mst dpt pegi..sama2 doa ye... :)

    ReplyDelete

 

kEc!ltAp!moLeK Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template